Wednesday, February 25, 2009

aku mahu jadi samantha brown






... masih lagi teman aku ...


kalau nak dikira, dari aku belum tadika sampai la sekarang, bermacam2 benda aku nak jadi.. yang aku pasti.. cita2 pertama aku, nak jadi satria baja hitam.. serius shit time tu aku ingat satria baja hitam nie satu pekerjaan... tapi tak lama la.. sebab ramai sangat nak jadi menatang tu.. ah.. mana cool macam tu.. jadi cita2 nak menunggang 'belalang tempur' habis kat situ..

then aku masuk tadika kemas... kelas biru.. satu hari tu ramai kakak2 serba putih datang kelas aku .. pergh.. chantek2 wa cakap lu.. yang aku peliknya.. diorang bawak mulut kat tangan.. aku tanya la kakak tu pejadah benda tu.. owh gigi palsu.. pergh.. memang cool.. gosok pulak dengan berus besar penyapu.. terus aku nak jadi seperti kakak2 tu..

masuk darjah satu, lain pulak cita2 aku.. satu hari tu cikgu bahasa melayu (time tu) suruh sorang2 berdiri bagi tahu cita2 masing2.. aku gila gelabah la time tu sebab aku tak tahu kakak2 pakai baju putih dulu tu keja apa.. tak kan aku nak jawab " cita2 saya nak jadi mcm kakak2 pakai baju putih yang bawak gigi palsu, cikgu".. gila tak cool.. nasib baik aku orang kedua yang kena berdiri.. so, aku tiru la cita2 member aku yang duduk sebelah aku tu ... start ari tu, aku bercita2 nak jadi cikgu..


masuk darjah tiga berlakulah satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan dalam hidup aku.. satu hari tu aku ngan member2 aku kena lempang dengan cikgu.. ala.. bukan kes besar pun.. bising dalam kelas jer.. sejak hari tu aku jadi benci dengan cikgu.. menyampah pun ada.. cita2 aku nak jadi cikgu pun kabur.. ye la.. mana aku tahu lempang orang ada dlm job description cikgu.. aku mana suka lempang2 orang nie..dalam pada tu aku ada la buat luahan hati kat sorang member aku pasal masalah yang aku alami tu, nak jumpa cikgu kaunseling aku takut... so, dia consult la aku.. then dia cakap jadi doktor lagi cool.. aku tanya la apesal.. dia cakap bapak dia doktor dan cikgu selalu jumpa bapak dia mintak cuti.. "owh. macam tu" jawab aku.. aku ingatkan cikgu mintak cuti ngan guru besar.. rupa2nya tak.. pergh.. lagi cool kan.. start ari tu aku nekad nak jadi doktor..


masuk sekolah menengah baru aku tahu keja doktor bukan setakat bg cuti kat cikgu2 sahaja.. rupa2nya kena jugak main dengan darah.. pergh.. aku memang kurang suka dengan darah.. tak logik la kan nak jadi doktor tapi tak suka darah.. ah.. susah..selain tu member aku cakap tulisan aku dia boleh baca.. satu lagi syarat tuk jadi doktor aku fail.. mengelabah la jugak 2-3 hari aku duk cari cita2 baru.. at last, aku tahu aku nak jadi apa.. jadi engineer.. tu pun tiru member aku punya cita2.. tapi ok la kan.. dari langsung takde cita2..


habis SPM aku dah tak minat nak jadi engineer.. aku rasa nak jadi kurt cobain pula.. pergh.. memang gila la kan.. tapi serius.. aku siap simpan sen yang aku mintak ngan mak aku hari2.. then campur duit raya, dapatlah aku beli gitar tong sebijik.. time beli gitar tu aku dah rasa kecoolan jadi kurt cobain nie.. kat kepala aku dah terbayang dah groupies2 yang akan follow aku nanti.. pergh.. best.. tapi lepas sebulan, chord Bm pun aku tak kenal lagi.. bulan kedua tali gitar tu pulak putus.. nak tukar aku tak reti.. last, gitar tu dibiar berdebu..


result SPM aku tak cukup untuk aku sambung blajar kat german.. haih.. keciwa siot.. tapi tak apa.. uni tempatan apa kurangnya kan??.. kat kl pun lebih kurang je suasananya ngan seattle.. ki ra ok la kan.. satu hari tu aku ada nampak satu iklan kat surat khabar.. join flying dutchmen.. round dunia beb.. aku pun try apply.. pergh.. dapat. then diorang hantar aku masuk akademi.. damn.. hari kedua aku dah menyesal.. apa jadah la kan kena guling2 atas tar.. betul la orang cakap menyesal kemudian takda guna.. tapi mcm tak logik la pulak kan.. mesti la kena menyesal kemudian.. belum buat dah menyesal.. pejadah?? macam lawan hukum alam jer.. tapi macam mana pun, 6 thn lagi aku kena pakai kasut nie..

semalam aku ada tonton channel travel & living.. pergh... aku tengok samantha brown amat cool kat dalam tv tu.. aku rasa lagi cool dari oprah.. aku rasa 6 thn lagi aku boleh jadi mcm dia.. kalau malaysia boleh, aku lagi la boleh kan?? korang tunggu je la..


... nak ganti pak lah aku rasa macam tak logik la pulak kan, logik ke??

No comments: