Saturday, February 28, 2009

lower than piss

she's too pretty
you're so skinny
my oh my...

worst of all
she's already somebody's baby


my oh my!!



... pathetic

Wednesday, February 25, 2009

aku mahu jadi samantha brown






... masih lagi teman aku ...


kalau nak dikira, dari aku belum tadika sampai la sekarang, bermacam2 benda aku nak jadi.. yang aku pasti.. cita2 pertama aku, nak jadi satria baja hitam.. serius shit time tu aku ingat satria baja hitam nie satu pekerjaan... tapi tak lama la.. sebab ramai sangat nak jadi menatang tu.. ah.. mana cool macam tu.. jadi cita2 nak menunggang 'belalang tempur' habis kat situ..

then aku masuk tadika kemas... kelas biru.. satu hari tu ramai kakak2 serba putih datang kelas aku .. pergh.. chantek2 wa cakap lu.. yang aku peliknya.. diorang bawak mulut kat tangan.. aku tanya la kakak tu pejadah benda tu.. owh gigi palsu.. pergh.. memang cool.. gosok pulak dengan berus besar penyapu.. terus aku nak jadi seperti kakak2 tu..

masuk darjah satu, lain pulak cita2 aku.. satu hari tu cikgu bahasa melayu (time tu) suruh sorang2 berdiri bagi tahu cita2 masing2.. aku gila gelabah la time tu sebab aku tak tahu kakak2 pakai baju putih dulu tu keja apa.. tak kan aku nak jawab " cita2 saya nak jadi mcm kakak2 pakai baju putih yang bawak gigi palsu, cikgu".. gila tak cool.. nasib baik aku orang kedua yang kena berdiri.. so, aku tiru la cita2 member aku yang duduk sebelah aku tu ... start ari tu, aku bercita2 nak jadi cikgu..


masuk darjah tiga berlakulah satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan dalam hidup aku.. satu hari tu aku ngan member2 aku kena lempang dengan cikgu.. ala.. bukan kes besar pun.. bising dalam kelas jer.. sejak hari tu aku jadi benci dengan cikgu.. menyampah pun ada.. cita2 aku nak jadi cikgu pun kabur.. ye la.. mana aku tahu lempang orang ada dlm job description cikgu.. aku mana suka lempang2 orang nie..dalam pada tu aku ada la buat luahan hati kat sorang member aku pasal masalah yang aku alami tu, nak jumpa cikgu kaunseling aku takut... so, dia consult la aku.. then dia cakap jadi doktor lagi cool.. aku tanya la apesal.. dia cakap bapak dia doktor dan cikgu selalu jumpa bapak dia mintak cuti.. "owh. macam tu" jawab aku.. aku ingatkan cikgu mintak cuti ngan guru besar.. rupa2nya tak.. pergh.. lagi cool kan.. start ari tu aku nekad nak jadi doktor..


masuk sekolah menengah baru aku tahu keja doktor bukan setakat bg cuti kat cikgu2 sahaja.. rupa2nya kena jugak main dengan darah.. pergh.. aku memang kurang suka dengan darah.. tak logik la kan nak jadi doktor tapi tak suka darah.. ah.. susah..selain tu member aku cakap tulisan aku dia boleh baca.. satu lagi syarat tuk jadi doktor aku fail.. mengelabah la jugak 2-3 hari aku duk cari cita2 baru.. at last, aku tahu aku nak jadi apa.. jadi engineer.. tu pun tiru member aku punya cita2.. tapi ok la kan.. dari langsung takde cita2..


habis SPM aku dah tak minat nak jadi engineer.. aku rasa nak jadi kurt cobain pula.. pergh.. memang gila la kan.. tapi serius.. aku siap simpan sen yang aku mintak ngan mak aku hari2.. then campur duit raya, dapatlah aku beli gitar tong sebijik.. time beli gitar tu aku dah rasa kecoolan jadi kurt cobain nie.. kat kepala aku dah terbayang dah groupies2 yang akan follow aku nanti.. pergh.. best.. tapi lepas sebulan, chord Bm pun aku tak kenal lagi.. bulan kedua tali gitar tu pulak putus.. nak tukar aku tak reti.. last, gitar tu dibiar berdebu..


result SPM aku tak cukup untuk aku sambung blajar kat german.. haih.. keciwa siot.. tapi tak apa.. uni tempatan apa kurangnya kan??.. kat kl pun lebih kurang je suasananya ngan seattle.. ki ra ok la kan.. satu hari tu aku ada nampak satu iklan kat surat khabar.. join flying dutchmen.. round dunia beb.. aku pun try apply.. pergh.. dapat. then diorang hantar aku masuk akademi.. damn.. hari kedua aku dah menyesal.. apa jadah la kan kena guling2 atas tar.. betul la orang cakap menyesal kemudian takda guna.. tapi mcm tak logik la pulak kan.. mesti la kena menyesal kemudian.. belum buat dah menyesal.. pejadah?? macam lawan hukum alam jer.. tapi macam mana pun, 6 thn lagi aku kena pakai kasut nie..

semalam aku ada tonton channel travel & living.. pergh... aku tengok samantha brown amat cool kat dalam tv tu.. aku rasa lagi cool dari oprah.. aku rasa 6 thn lagi aku boleh jadi mcm dia.. kalau malaysia boleh, aku lagi la boleh kan?? korang tunggu je la..


... nak ganti pak lah aku rasa macam tak logik la pulak kan, logik ke??

Monday, February 23, 2009

surat ke neraka





... don't belong here!! ...



notice of readiness sudah aku tender.
walaupun tak rela, tapi terpaksa aku akur jua..
kerana angka2 di slip ATM aku dah tak secantik mana..
ngahahaha

so, sekarang ni perut aku penuh dengan kerengga, bukan rama2..
rasanya memang macam celaka, jauh bezanya..
memikirkan entah tingkat berapa nak dihantar si celaka..
hurm... berapa lama pula..

nak buat macam mana kan..
rezeki aku still di sana..



... tak ready sebenarnya



Sunday, February 22, 2009

bukan yuna






... gambar passport, pegi umrah...



"tengok raja lawak semalam??"
"tengok, apesal??"
"aedes dan chikungunya"
"---"


"adoi"


... nyamuk besar, ngahahaha

Saturday, February 21, 2009

runcitan





... model berbayar ...



bukan time lu mandi sahaja..
time lu orang bermesra dengan si dia pun boleh juga..
tak kira dalam semak atau di tangga..
so jaga2
kami di mana2..

apa2 hal, jangan call bomba
mereka tiada kena mengena



... must start somewhere.. kan?
?

Friday, February 20, 2009

problemnya





.. bukan tiang pondok!! ngahaha ..


lu tengok..
tension tak kalau lu jadi gua??
tengok betul2..

tension kan???
tu pasal gua cukup tak suka lepak tepi pantai!!
lepak depan kipas pun gua cukup tak suka..


"rimas betul la.. apesal kat pantai ada angin??" sambil betul2 rambut
"berapa tingkat bodoh kau nie?? dah nama pantai.. rimas pegi potong la.."
"perghh.. haram.. solution ko langsung tak best"
"pegi potong je la.. aku pun rimas tengok rambut kau"
"berat mata memandang, berat lagi bahu memikul beb.. ngahahaha.. tapi ni aku punya signature.. yang kau pun satu, tengok aku buat apa.. tengok la awek2 tu"
"signature pale hotak lu!!" sambil sedut air jagung
"ngahahaha... "






... bukan sabut kelapa, kutu2 pun pening kepala ...




... aku, engkau dan dia.. kan??

si gaban vs si kesatria bajahitam






.. main ngan kancil bapak gua pun cirit nie..



moto nie kalau lu org jumpa tengah jalan sila la baling ngan kayu ke, batu ke, atau apa2 sajala yang tercapai tangan.. lebih2 lagi kalau tengok dia pasang hazard light kat belakang helmet dia tu.. perasan jadi gaban la tu.. ptuih.. menyampah aku!! ngahahaha






.. bunyi still mcm mesin jahit mak gua, nanti2 gua tukar..

kalau yang nie jgn korang baling batu pulak.. baling awek ok.. ngahaha.. tak la.. lu orang tahan dah ler.. pastu ajak minum air ke.. makan sotong celup tepung ke.. kira orait la..



... kita sukat guna siku

Align Center

Wednesday, February 18, 2009

sebab aku fail kimia..

tak pernah sehala, fikir kita
jarang sekali, compliment each other
bercakap pun, tak seberapa
bertengkar?? kadang kala tak ingat dunia

tapi..
orang cakap itulah masam masinnya
1 + 1 jadinya 2
kau dan aku jadinya kita..
completing each other



sempurna


...
entah mengapa

baru terhegeh2




... pulau sekati..




dulu..
lu bangga la sangat kerja negara orang..
kerja oversea la katakan..
kena panggil balik, taknak balik
ye la, gaji kecik la katakan..
kerajaan bagi pulak insentif kalau balik..
ah, kerja kat pendalaman, tidak sepadan

so sekarang..
dah kena buang..
baru terhegeh2 nak pulang??
lu memang mcm haram!!

... aku kena buang.. korang aku panggang!!

Tuesday, February 17, 2009

wah.. excited nyer mereka




... pasar siti khadijah (betul ke eja??) ...


2 minggu lepas punya cerita..

"yo, jom pegi kertih.. kita pegi amek gambar penyu"
"penyu ada naik ke kat kertih?? ko buat alasan nak pegi mcd kan??"
"weh, aku pun pro hitler gak sekarang.. ala.. diorang ada buat sanctuary penyu gak kat sana. ma' daerah tak silap aku tempat dia.. ko tak geram ke tengok gambor zizi tu??"
"geram la.. ok petang neh kita pegi"
"bereh!!"


so petang tu,
setelah berpusing2 cari tempat tu..
menapak lebih 1 kilo..
lari dari babi ( serius shit!!)..
berpeluh tahap anjing..
haram.. sekor penyu pun takde..

cuma ada sorang manusia jer kat dalam kawasan tu.. tu pun tidur..
jantan pulak tu.. haih..

dan kami pulang dengan hampa..


then 2 hari lepas..

aku pegi kota bharu ikut rombongan kak peah..
ala, pegi nak try sembahyang zohor kat masjid muhamadiah je..
sambil2 tu pusing2 pasar siti khadijah..
usha2 anak dara dan mak dara dlm pasar..
tiba2...
haram jadah..
nak tahu apa yg aku nampak??
telur2 penyu penuh atas pasar..

barulah aku tahu..
diorang eram telur penyu kat sini rupanya..
kalau dari dulu aku tahu..
mungkin tak kena kejar babi minggu lepas

haih..


... ah, perempuan dan telur
, suka sangat!!




Saturday, February 14, 2009

bullet for your valentine





.. peace ..


kenapa hari ini.??
kenapa february??
kenapa satu hari??
kalau setiap rabu dapat dirai..


... bau kaki

Friday, February 13, 2009

.a




... sunyi ...


if one star dissapears everytime i pictured your beautiful face,
then my night is starless.


.b

... bulan pun tiada

Thursday, February 12, 2009

how to .. : 101




Jamboo mesti dah expert dah nie sebab dia dah buat praktikal dulu baru dia suruh aku tengok clip nie.. ko memang dengki la jamboo..


... belajar untuk hidup, kan??

optimis tentang hidup





.. lense aku tak cuci..






apa guna belajar tinggi2
kalau hanya untuk nama??

apa guna diploma dan degree
kalau bangla juga yang diambil bekerja??

memang betul, dengan sekeping kertas yang tak lebih 3 warna itu boleh membawa kita kehidupan yang lebih sempurna..

tapi, perlukah mengalah?
jika cita2 tidak kemana?

cuba fikir..
tidakkah kita ini dalam satu cerita..
yang mana aku, kamu dan dia para pelakonnya..

yang pasti aku bukan heronya..
mungkin kamu atau dia..
dan watak peranan kita perlunya beza
agar cerita seronok ditonton, dibaca..

apakah salahnya..
hanya belajar untuk hidup dan untuk mati sahaja?


... hidup mesti langsung, kan??

Tuesday, February 10, 2009

niat tu dah betul





.. kuala ibai, time azan maghrib..



politik??
ah, semua ada agenda sendiri
penuh tahi dan
aku bukan lalat



... biar nampak bodoh, jangan jadi bodoh



Monday, February 9, 2009

and the sunshine never come




.. single exposure HDR ..


tak apa..
bulan kan ada.

terima kasih bulan



... cahaya dari 25 watt energy saver lamp pun ok..

hujan panas





.. watermark saje2 ..


" bila nak rasa yang kau pulak??"
" berapa bungkus kau nak!!"


... entah, nak jawab apa

Saturday, February 7, 2009

10:21, sabtu, malam ahad




aku perlu taubat..



sumpah, aku penat
belum 12, tekad, dah mahu lelap

pejam,
pejam,

gelap,
gelap,

haram tak dapat
bahana kapal api 2 jug
jadi aku lupakan lelap
bangkit, mengadap tetingkap
sambung mencari apa yang dilarikan
agar kali ini dapat ku tangkap

.. aku mahu dipijak-pijak, massage chair pun cantik jugak


Thursday, February 5, 2009

kita, tak serupa







putih,
kuning,
hitam,
coklat,

berbeza warna,
berbeza rasa,

dan kalau dicampur secukupnya..

manisnya,
pahitnya,
masamnya,
masinnya,

kau rasa??


... nak tambah lagi



Wednesday, February 4, 2009

daging itu






bermata
mengerutu
lembik
lembab
berlendir
suam
bermacam rupa
ada yang berbulu
dan org cakap sedap!!


betul ke?..



... hanyir

Monday, February 2, 2009

horse shit #2





penuh debu



zahirnya tidaklah biru
tapi membiru itu meletihkan

walaupun begitu
aku kan tetap di situ
sehingga malaikat datang menyambut
meminta nyawa pinjaman

nanti kata ku
"ambil pada bintang"


... mahu aku

ah.. what the hell


1. Apakah benda yang paling penting bagi kamu?

agama

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
petrol 30 hengget

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?

siam ok ke??cerewet ke?? ngahaha

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
sampai syurga.. mungkin

5. Adakah anda dilamun cinta?
aku rasa? something..

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
aku segan masuk restoran..

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
buku petak kecil.. adik aku pesan suruh beli

8. Apakah nama penuh kamu?
ah.. kamu dah tahu

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
senang blake..

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
bush!! aku nak baling dengan safety shoe pulak.. aku baling2 nie memang pakar.. kompem kena la..

11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
8 tu sikit sangat.. tak perlu sebut, anda tahu siapa anda..

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
dulu2 pernah.. sekarang mesin kan ada, guna la...

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
mana2 dasar laut.. dan juga pantai yg penuh dengan penyu2 kaki dua bersidai..

14. Pelukan atau ciuman?
lebih dari itu..

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
dua org sebenarnya..

yg 1st

1. jalan nak pergi umah dia sekarang nie horror gila anjing
2. travel mate.. memang kaki travel..
3. mempunyai deria bau yg gila mantap
4. suka kaki, ngehehe (tanya dia sendiri kaki apa)
5. cool gila anjing

yg 2nd

1. pernah dirempuh, tapi survive.. kete power beb..
2. skarang kembali mengiwi kasut sekolah
3. seorang driver.. weh, driver pun, kenderaan yg dia bawak rege usd 200m maa.. ngahaha
4. sekarang boleh dijumpai di golf2 course..
5. cool gila anjing juga..

16. 8 perkara yang amat saya gilai
1. superbike
2. scuba
3. photography
4. perempuan
5. travel
6. discovery channel
7. music
8. budu

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
1. ding dong
2. owh..
3. shit
4. cool
5. ok je
6. kan
7. bereh2
8.roger2

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
1. DCM
2. star of the sea.. baca balik
3. rock sound january issue
4. junk january issue
5. photoshop for dummies
6. yellow pages kat hotel ari tu..

6 je aku dapat bagi..

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
1. wake up by the living end.. tiap2 pagi lebih kurang 5 kali lagu nie main baru aku bangun.. ngehehe
2. simple man cover by shinedown.. lyric yg best, plus suara gila cool la..
3. tribute by naked breed
4. yuna's songs !!
5. 59 sound by gas light anthem
6. waltz #1 by elliot smith
7. please,please please let me get what i want by the smith
8. a day inn the life cover by the libertines

20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
1. bersabar tu banyak untungnya
2. muntah melalui hidung adalah possible
3.dunia ini indah..
4. aku belajar tentang dia
5. aku punya will power tak cukup kuat lagi
6.diam tu tak semestinya tak setuju..
7. belajar masak mee goreng.. ngahahaha
8. regret is a waste of time.. move on jer..

21. Mari men'tag' 8 orang lain.
kalau aku tag aku tak bagi soalan2 mcm nie.. jd yg nie habis kat sini..


dah.. weh, lain kali bagi soalan objektif.



... straight dari usus besar aku!! ngahahaha

Sunday, February 1, 2009

tunggu kamoo, sampai biru











"mende buleh gi sana??" mak aku
"buleh ilmu la, tengok nie, lawo la sket dari sebelum nie.." aku
"benda nie nok buat lesen ke??"
"benda mende pulok?"
"nie, tunggul kayu ke nie??"
"ye la tu, doh bakpe nok buat lesen puloknye?"
"pe gambor passport jer.. hehehe.."


aku rasa sungguh sedih!! ngahaha, tapi aku rasa dia cuba melawak ngan aku je tu..





... betul, kamoo.. till when2.. ngehehe